KEINDAHAN ISLAM
ZARANI BINTI MOHD NOH D20112054468 GROUP EL-P06 ( A121PJJ )
KELEBIHAN SUJUD
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh
daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat
asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah
paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan
elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan
darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
HIJRAH RASULULLAH SAW MELALUI NEGARA MADINAH
Kita sememangnya wajib bersyukur
kepada Allah SWT. Yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita. Yang
seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu
melakukannya. Bahkan, kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita,
iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai
orang yang diberi nikmat hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam.
Tetapi, kenikmatan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita adalah
wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini
menjalar sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita
lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam
ini sampai kepada kita. Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda
Rasulullah saw. diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting
dalam kehidupan dakwah Rasulullah saw. Yang di sini, kita peringati setiap
tahunnya dengan nama Maal Hijrah. Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah
saw. ini merupakan peristiwa yang sangat penting? AJ ingin mengajak para
pembaca untuk menhayati erti sebenar Hijrah Rasulullah.
Pertama, dakwah Rasulullah saw.
apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit
terutama setelah Rasulullah saw diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan
Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah dan menunjukkan bahawa baginda
tidak lagi bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan
surat Al-Hijr: 94:
Maka sampaikanlah secara terbuka apa
yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu.
Setelah ayat ini turun, tepatnya
setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka
Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf
mengelilingi Kabah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan
pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan
daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.
Pernah baginda sedang solat
berhampiran Kabah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Muait, sehingga
baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar.
Pada masa yang lain, apabila baginda sedang solat, tengkuk leher baginda
dipukul oleh Uqbah bin Muait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong
oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda
tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami
nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehingga
Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.
Setelah penganiayaan secara fizikal
tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul dakwah ini, maka orang-orang
kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda saw. dan para pengikutnya.
Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama kurang lebih tiga tahun. Baginda
dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan,
pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda
meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah
(Ethopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud
untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan
oleh orang-orang kafir.
Maka, orang-orang kafir juga tidak
mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang
mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang
berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja
Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.
Sedangkan baginda Rasulullah saw.
dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Natijahnya menjadikan tindakan
orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda saw. Sehingga baginda berfikir
untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan
kepada orang-orang Makkah. Baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk
mencari perlindungan kepada Bani Thaqif, yang akhirnya malah baginda diusir
dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga
tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Harisah
menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu. Baginda, cuba
untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan
dibunuh, apabila berada di sana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan
kepada Mutim bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup
melindungi keselamatan baginda saw. dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda
berada dalam perlindungan Mutim bin Adi.
Sejak itu, baginda sering kali
mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah
Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda,
sebagaimana sumpah baginda: Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan
matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan
meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku
dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya . Maka, baginda saw, tetap tidak
takut, dan terus-menerus berdakwah meskipun pada masa itu tidak satu pun
kabilah yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah
Amru bin Sasaah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah rasulullah,
namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan
kepada kabilah Amru bin Sasaah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh
baginda:
Sesungguhnya perkara (kekuasaan
kepimpinan) ini merupakan wewenang Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa
sahaja yang Dia kehendaki.
Setelah jawapan itu disampaikan oleh
Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sasaah. Inilah
keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan
risalah dakwah Islam.
Setelah semua itu berlaku, Allah
memberikan pertolongan dengan mempertemukan baginda saw. dengan orang-orang Aus
dan Khazraj yang datang untuk menunaikan haji ke Makkah. Maka, apabila mereka
mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan
setelah itulah terjadi Baiat Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini
merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama,
sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yatsrib, (nama Madinah sebelum diubah oleh
baginda saw).
Setelah rombongan Aus dan Khazraj
kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar
mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda saw. Telah
mengirim Musab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya
merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama
Rasulullah. Musab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Quran kepada penduduk
Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.
Dan ternyatalah dakwah Islam yang
disampaikan oleh Musab dan orang-orang Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam
itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang
memperkatakan tentang Islam dan dikatakan juga tidak ada satu pintu rumahpun
yang tidak diketuk oleh Musab bin Umair. Akhirnya, bilangan orang yang
menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat
Jumaah yang pertama kalinya di sana.
Berita ramainya penduduk Madinah
yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para
sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan
Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta
Musab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji
berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang
lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung
dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Baiat Aqabah II. Baiat
ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam dan juga
merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi
Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke
Madinah.
Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke
Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman
orang-orang kafir tetapi adalah untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini
menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk
menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah
SWT. dalam surat At-Taubah: 33/Al-Fath: 28/As-Shaf: 9.
Dialah yang mengutus RasulNya dengan
(membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, ke atas
agama-agama yang lainnya.
Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke
Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak
pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi
dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri
untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan
dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya
ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.)
semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan
semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam memasuki Eropah, setelah beberapa
wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Umaiyah. Pada
masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam
telah sampai di Asia Tenggara.
Tetapi memandangkan pentingnya
peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan
sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut,
justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai
kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar.
Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu,
pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana
wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam
ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang
rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan
wujud hingga ke hari ini.
Dan oleh itu, kita semua berhutang
kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta
ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh
pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang
jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan
syurgaNya.
Sesungguhnya Allah telah membeli
daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka
akan diberi (imbalan) syurga. (Q.s. At-Taubah: 111)
Saat ini , ketika ini Islam telah
kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya
kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah
yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah
Islamiyah, Turki Uthmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin
berterusan mengalami musibah. Lihatlah bagaimana krisis Palestin, Bosnia,
Filipina, Kosovo, Indonesia dan Iraq.
Islam ketika ini memerlukan generasi
yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya.
Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara
bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian.
Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan tuan-tuan, puan-puan,
saudara, saudari dan teman-teman sekelian. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa
syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak
diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi
pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Dan
sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sanggup
memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari redha
Allah dan syurgaNya. Wallahu alam.
Langgan:
Catatan (Atom)